Aug 28, 2004

Buli???

Aku tengok citer Buli lagi. Cite tu memang best sebab kualitinya mantap. Banyak yang terkesan di hati dan mindaku. Ia bukan lawak bodoh dan aku suka nak suggestkan ia untuk ditonton. Pelbagai aksi dan manfaat terhidang dalam Buli dan buat aku semakin berminat nak meneruskan cita-cita sebagai teman masyarakat. Dari Buli ni, aku semakin tertarik nak tahu kenapa, mengapa dan bagaimana sesuatu perkara itu terjadi dan hubungkaitnya dengan kita, manusia. Ape yang aku dapat lagi dari Buli? Teringat semula dialog yang tengiang masih di telinga aku ni. Pertama, kita sepatutnya bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan pada kita. Bagi si Nordin, nikmat yang dia persiakan ialah kawan baik dia, Syaf. Ialah kan, kita ni kalo benda tu dah takde baru nak menyesal, kalo dah depan mata jarang benar kita nak hargai. Buli juga mengingatkanku agar tak biarkan permikiran sempit org lain utk menguasai atau jadi panduan hidup kita. Lantak ar orang nak cakap apa, tapi jika kita fikir ia betul, maka kita patut teruskan kerna hidup kita adalah pilihan kita sendiri. Jangan sesekali takut buat silap dan jangan juga takut utk hadapi cabaran, kerna dari situ kita akan lebih kenal diri sendiri dan tahu kemampuan diri kita. One more thing, jangan biar orang pijak kepala, maksudnya kita perlu ada stand sendiri, jangan biar dibuli..hehe! Buli menasihatkan aku supaya jangan lari dari masalah tapi mendepaninya dengan apa jua cara kerna semua insan ada bakat dan kemampuan memasing. Cuma percaya pada diri dan tabahkan hati menghadapi segala kemungkinan, indeed Allah will always with us.

Dalam dunia ni kata Dr Ika, kita mudah nak sakiti hati orang yang dekat dengan kita sebab kita nak sembunyikan kelemahan diri sendiri. Sebenarnya tiada orang yang sempurna, setiap kita ada masalah sendiri, betullah tu. Aku diingatkan lagi yang kita adalah pilihan dan tanggungjawab kita sendiri. Apa yang kita fikir dan pilih, itulah kita bukan orang lain sebab kita yang tentukan segalanya . Jadi atas pilihan ini, jadilah yang terbaik, jadilah diri sendiri dan aku perlu selalu ingat satu perkara ini, hakikat bahagia yang sebenar adalah sebuah ketenangan tika mencanai tribulasi dunia menjadi sebahagian dari kehidupan. Adanya warna warni hidup adalah sebagai penyeri dan pemasalahan itu adalah sebagai medium kematangan dan bakal membantu kita untuk lebih berjaya jika kita melihatnya positif. Jangan lari dari masalah tapi hadapinya, InsyaALLAH.

Afdlin come out with something new and damn good. Buli memang best :)

No comments: